Khamis, 28 Disember 2006

Bodohnya Orang Kita

Oleh : Zaidi Ismail - urusinsan@gmail.com

Tentu ramai yang marahnya dengan tajuk diatas, mana yang sudah biasa dengan tulisan saya mungkin tidak hairan atau pun dah menyampah dengan apa yang saya tulis, bagi yang baru berpeluang membaca artikel saya tentu ini merupakan satu tajuk segar jika dibanding kan dengan artikel meleweh yang lain. Ketika saya mula menulis artikel ini, saya nak letak tajuk “Rakyat Malaysia Bodoh” , tapi tak semua rakyat Malaysia bodoh , saya juga terfikirkan tajuk “Kebanyakan Rakyat Malaysia Bodoh” pun rasanya tak sesuai sebab fokus utama tulisan saya ditujukan kepada orang Melayu, tapi kalau letak tajuk “Orang Melayu Bodoh” ramai pulak yang hantar email ugutan atau sms ugutan pulak nanti dan tak semua orang Melayu itu bodoh. Maka akhirnya untuk lebih bersifat umum dan menunjukkan kebodohan sesetengah orang Melayu kita , maka saya pilih tajuk “Bodohnya orang kita”.

Satu Petang di Ulu Yam

Aku ke Ulu Yam bersama keluarga ku , kedua-kedua keluarga abang-abang ku turut serta ke Ulu Yam, sampai disana jam menunjukkan pukul 3:40 petang, hari semakin gelap kerana awan hitam mula berarak menyelubungi kawasan peranginan tersebut. Apa lagi sampai sahaja ditempat yang ditujui aku dan anak-anak buahku terus masuk kedalam sungai, rasa nak terjun tapi maklumlah paras air cuma tinggi pinggang, nanti karang ada pulak yang benjol kepala.

Bukan hanya keluarga kami yang berada disana, terdapat dua keluarga lagi ditempat yang sama, sekalii pandang memang seronok aku lihat sekeluarga bergembira di tempat perkelahan sebegini, tapi yang tak seronoknya bila aku lihat sikap bangsaku yang langsung tak pedulikan kondisi Alam Sekitar. Mana tidaknya, tiada siapa yang marah jika kita hanya ingin berkelah dan bersantai bersama keluarga tapi disebalik itu ada juga kebodohan yang diperlihatkan oleh orang kita.

Kebodohan 1 – Mana dibernarkan masak dan buat ungun api kat dalam hutan simpan seperti Ulu Yam, kalau nak berkelah bawaklah bekal yang sudah siap dimasak dari rumah, kalau tidak mahu makanan itu sejuk, masukkan kedalam bekas tahan panas. Bila hujan kelam kabut nak selamatkan masakan yang sedang dimasak, pergi berkelah untuk berehat bukan untuk buang masa dan tenaga memasak. Yang masaknya seorang tapi yang tukang makannya ramai. Kan bodoh namanya.

Kebodohan 2 – Kalau dah tahu nak berkelah dekat tempat awam, bawaklah beg plastik untuk mengisi sampah dan kemudian buanglah sampah tersebut di tong sampah atau ditempat yang dikhaskan. Janganlah jadi bodoh atau buat-buat bodoh dengan membuang sampah merata-rata..

Kebodohan 3 – Tujuan kita bawak anak bini berkelah untuk berehat sambil menikmati flora dan fauna, ambillah waktu yang terluang untuk bersama anak-anak mengajar mereka apa itu hutan, flora dan fauna dan cara serta kaedah terbaik untuk memlihara alam sekitar. Dengan kata lain didik anak-anak kita supaya lebih menghargai alam sekitar, bukan membiarkan mereka membuang sampah kedalam sungai atau bagi mereka main baling botol kedalam sungai hanya kerana botol plastik boleh terapung di air.

Kebodohan 4 – ini memeng jelas bodoh, kalau ya pun nak mandi carilah tempat mandi di ulu sungai serta dikawasan di tengah sungai, airnya lebih deras dan insyaallah lebih bersih, bukannya bawak anak bini mandi dekat tepi longkang dari chalet berhampiran (kalau boleh post photo mahu saja saya posting photo mereka yang bodoh ini mandi tepi longkang).

Percayakan Media

Yang ini saya tak boleh salahkan seratus peratus orang kita, sebab dah hampir 50 tahun minda dijajah dan di “brainwash” dengan kerajaan barisan nasional, orang kita terlalu bodoh sampai percaya bulat-bulat apa yang keluar kat media Malaysia, baik dari berita national hinggalah kepada program realiti TV, yang punya bangang tu orang kita sanggup berabih duit semata-mata nak sms atau telefon program realiti TV yang keudara. Baik yang muda dan yang tua, sama-sama bangang dan bodoh. Kalau apa yang dipaparkan di media lebih dari 50% menerbitkan program yang boleh meningkatkan taraf hidup kita takpa la jugak, ini lebih 90% program menjurus kepada hiburan dan melalaikan dan pada waktu yang sama ajar orang ramai cara dan kedah untuk membazir..

Bodohnya orang kita sampaikan kita memberi kuasa kepada media untuk memanupulasikan maklumat demi mencari keuntungan. Media menyajikan perkara yang kita nak lihat dan dengar tanpa perlu berfikir. Itullah sebab utama kenapa orang kita bodoh dan bangang sebab dah tak reti nak guna otak berfikir. Terima saja apa yang disogokkan oleh media dan pada waktu yang sama media juga memberitahu kita apa yang patut kita pakai, makan, minum dan akhirnya apa yang patut kita fikirkan, itupun jika kita masih mempunyai kapasiti untuk berfikir.

Taksub Dengan Individu

Ini semua orang tahu, fenomena Mawi dan seumpamanya, baik penghibur (itu pun kalau boleh dipanggil penghibur, dalam banyak keadaan tak menghiburkan pun), pemimpin, atlet sukan, pelakon atau pesonaliti tertentu. Mereka ini hidup dengan kebodohan orang lain, dari penyokong, peminat dan pentaksub mereka. Mereka takan hidup kalau takda yang menyokong mereka berucap, menyanyi, berlakon atau bersukan.

Hidup mereka dengan rezeki yang diberikan oleh peminat yang bodoh membeli hasil kerja mereka yang rata-rata bersifat mementingkan diri. Siapa yang untung? Merekalah yang untung dan kaya dengan kebodohan peminat mereka. Dari filem, lagu, musik, politik dan produk mereka, semua ini dibeli bulat-bulat oleh peminat mereka. Siapa yang rugi, peminat mereka yang rata-rata bodoh juga yang rugi. Apa yang boleh mereka lakukan? Hanya tahu merungut dan menyalahkan orang lain tapi tidak pada diri sendiri.

Menangung Biawak Hidup

Yang ini kalau dibicarakan memang sensitif, sebab hati dan perasaan badan merana. Ini kebodohan paling jelas dapat dilihat pada masyarakat hari ini. Alasan yang diberikan adalah tidak berada ditempat mereka. Apa yang saya bicarakan disini adalah kebanyakan para isteri atau suami yang bodoh menanggung dan masih bersama pasangan masing-masing yang jelas tidak berguna dan tidak boleh diharap.

Kes 1 - Suami tak bertanggungjawab.

Tidak kira apa jua alasannya, kalau dah tak bertanggungjawab, mengana lagi harus bersama? buang masa dan tenaga, isteri yang berada didalam kedaaan ini ternayata seorang wanita yang bodoh. Hanya terdapat dua sebab mengapa dia masih bersama dengan suami yang sedemikian. Pertama, si isteri memang suka bersama dengan suami seperti itu dan memang dia patut “deserve” bersama dengan suami begitu. Kedua, si isteri memang bodoh dan tak tahu hak dirinya sendiri. Selain daripada dua sebab diatas hanyalah alasan semata-mata.

Kes 2 – Isteri tak bertanggungjawab

Yang ini jelas suami bodoh, tiada sebab lain, memang dia seorang yang bodoh dan patut dapat isteri sedemikian.

Untuk kedua kes diatas, tiada apa yang boleh dilakukan, sebab mereka yang terlibat memang dah terbukti kebodohan mereka, jika tidak bercerai dan meneruskan kehidupan, maka mereka memang patut dapat suami atau isteri yang tak bertanggungjawab.

Dah Terang Lagi bersuluh

Sudah 5 tahun saya menjadi Ahli Relexjap, dan 5 tahun juga saya jadi moderator, sepanjang itu jugalah masuk angin keluar asap di RJ, bukan bertujuan mengungkit tapi rasanya hajat mula-mula jadi moderator dulu masih belum tercapai, jadi moderator di RJ unik, bukan setakat dapat baca posting orang lain dulu sebelum ahli yang lain baca tapi buat kerja sukarela secara percuma. Niat cuma satu, untuk cuba membangunkan minda anak bangsa. Tapi sayang kebanayakan anak bangsa masih bodoh dan tak tahu berfikir.

Didiborhan merupakan pengasas RJ, dari seorang jadi dua dan akhirnya berenam, yang menjadi tali pengikat kami adalah minat terhadap penulisan dan juga niat asal nak tolong anak bangsa, idea awal nak kembangkan RJ menjadi Glokal sambil mencungkil bakat-bakat baru dalam penulisan dan pada waktu yang sama diharapkan daripada tulisan-tulisan penulis RJ dapat membuka minda anak bangsa yang masih lagi bengap secara keseruruhannya.

Bodoh sombong, itulah gelaran yang diberikan kepada orang yang tahu dia bodoh tapi masih tak mengaku dan pada waktu yang sama tidak mahu mencari jalan untuk memperbaiki diri. Bila ada orang nak menolong tapi diri sendiri tidak mahu ditolong. Itulah yang saya perhatikan lebih 5 tahun di RJ. Jelas digambarkan dari artikel yang ditulis, masalah yang dibentangkan masyarakat kita umumnya dan melayu khasnya masing dibelenggu masalah jati diri dan kebodohan diri sendiri..

Kini saya mengerti kenapa Dr. Mahathir menangis ketika beliau melepaskan jawatan beliau. Beliau terasa yang dirinya gagal mengubah sikap dan perangai bangsanya sendiri. Setelah hampir 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, dan selama itu jugalah bangsa Melayu masih terus dijajah, dengan pegangan ikuiti Melayu (Harta Melayu) kurang dari 15% sedangkan bangsa lain termasuk orang luar atau bangsa asing (Foreigner) memiliki ikuiti lebih 20%, Ini tidak termasuk ikuti yang dimiliki oleh bangsa Malaysia yang lain Jelas orang Melayu menjadi pengemis dinegara sendiri.

Sedar atau tidak, untuk terus survive, Malaysia terus-menerus memerlukan dana luar (bangsa asing) untuk terus hidup. Ini kerana rakyatnya (Terutama Melayu) tidak mampu menghasilkan pendapatan sendiri. Ini termasuk kemahiran, produk, perkhidmatan dan sumber modal sendiri untuk menjadi “self provision” berdikari sendiri atau hidup sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa. Kekuatan politik saja tidak mampu untuk menolong orang Melayu, Ini kerana politik boleh dibeli dengan wang ringit.

Orang kita hanya pandai merungut dan memberi alasan, bukannya tak tahu tapi buat-buat tak tahu, merungut bila harga minyak naik, bila kos elektrik naik, yang mana dia tahu semua ini tiada penyudahnya, sesuatu yang dia tidak dapat kawal, bila kadar inflasi naik dan nilai wang susut, dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana ianya perubahan global. Tapi dia juga tahu ada cara yang boleh dilakukan oleh individu untuk mengekang keadaan ini.

Tapi dia malas dan memberikan banyak alasan. Saya kata gaji RM700 sebulan cukup, siapa berani cabar saya kata tak cukup, saya kata cukup untuk hidup dan boleh menyimpan. Seorang suami bersama seorang isteri dan dua orang anak berusia kurang dari 10 tahun boleh hidup dengan selesa dengan berpendapatan RM700 sebulan. Bagaimana dia berjaya melakukannya, mudah sahaja, terlalu mudah untuk dibicarakan disini, perkara yang boleh selesai kurang dari 2 minit, kenapa tak percaya?

Bermula dengan sikap – sikap sebelum berkahwin, apa persiapan si suami? Ada simpanan? Ada tabungan, ada modal pusingan? Ada perlaburan? Apa persediaan sebelum berumah tangga?
Sikap si isteri – sudah bersedia untuk berumah tangga? Apa persediaan? Apa yang dirancang? Merancang sebelum perkahwinan atau sesudah perkahwinan?
malu bertanya sesat jalan – tahu jalan yang hendak dituju? Tahu apa yang harus dilakukan? Tak tahu? Kenapa tak bertanya? Kenapa tak timba ilmu dulu sebelum berumahtangga?
Pendapatan RM700 sebulan tak cukup? Saya kata cukup, siapa berani cabar saya bila saya kata cukup. Cukup kalau sewa rumah tak perlu bayar, cukup kalau bayaran kenderaan bulanan tak perlu bayar, cukup kalau perbelanjaan rumah tak perlu bayar, cukup kalau makan pakai tak perlu bayar. Mesti cukup kan bila semua serba serbi tak perlu bayar? Siapa kata tak cukup?

Tak perlu bayar? Benar, tak perlu bayar dengan pendapatan kita, biar orang lain tolong bayar utk kita. Tapi malangnya kebanyakan orang kita bodoh, maka dia bayar laa, siapa yang cerdik tak perlu bayar semua itu.
Nak tahu cara, buat apa nak tahu, dah terang lagi bersuluh, kalau dah orang bagi peluang belajar tapi taknak belajar, buat apa diajar, biar bodoh seumur hidup, bayar la hutang piutang dan segala macam bayaran seumur hidup. Saya cerdik, saya tak perlu bayar semua itu.

Apa yang pasti orang kita terus menerus memberikan alasan demi alasan sehinggalah hari mereka mati. Itupun mati dengan alasan.

Bila Message (maksud) Tak Sampai

Pandainya orang kita bila hisap rokok, bila makan roti canai, bila buang duit bersms, bila berhibur di konsert mawi, buang duit tengok wayang, bila pergi ke clubbing, bila dating dengan awek, bila minum kopi di starbuck dan coffee bean, bila makan di KFC, bila beli belah di Tesco, bila bawak anak bini keluar malam jalan-jalan tak tentu hala tuju, part tu memang pandai.

Tapi bila diajak ke majlis ilmu tak pandai, banyak alasan, takda masa, tak punya cukup wang, tak punya budget, terlalu jauh dan sebagainya. Tapi kalau bayar sms cukup, beli rokok cukup wang, belanja awek makan cukup wang, beli peralatan make up cukup wang, pergi dating ada masa, perli clubbing ada masa, tengok wayang ada masa, pergi JomHeboh ada masa, semua itu hanya alasan bodoh.

Jadi, benda yang tak berfaedah dan mendatangkan keburukan adalah benda yang orang kita pandai buat, tapi bila sesuatu itu mendatangkan kebaikan, banyak alasan yang diberikan. Ada yang bertanya dengan saya bagaimana saya menguruskan kewangan saya, saya cuma berkata perlu bijak dan ubah sikap. Kaedah yang saya laksanakan mudah dan boleh dipraktikkan oleh semua orang.

Tak perlu cari duit tambahan (kalau nak tiada larangan)
Tak perlu kurang atau ubah lifestyle (gaya hidup), nak makan KFC hari-hari pun boleh, Cuma hanya orang bodoh saja yang berbuat demikian (selain daripada merosakkan kesihatan, poket anda juga akan rosak)
Tak perlu buat apa yang so-call traditional financial planner (perancang kewangan) atau yang perasan financial advisor suruh buat, buat apa nak potong itu ini kalau tak perlu potong. Fikir dan lakukan diluar kotak dan lari dari pemikiran jumut.

Apa Yang Saya Buat?

  1. Ubah sikap dan buka minda
  2. Saya tukar semua hutang jadi pulangan (pendapatan), ini paling mudah, orang giler pun tahu buat.
  3. Semua perbelanjaan dibayar oleh bank (duit percuma) atau orang ketiga, ini lagi mudah, sungguh mudah sampai budak 5 tahun tahu nak buat.
  4. Fokus untuk penambahan harta dan pulangan
  5. Menikmati kehidupan.

Mudah bukan, maka segala pendapatan saya adakah untuk saya nikmati dan bukan digunakan untuk bayar hutang. Biarlah minyak naik RM10 seliter pun, atau bill elektrik naik 50 peratus, biar BLR naik 10 peratus dan sebagainya, orang macan saya lagi suka, interest naik bermakna keuntungan dari pelaburan saya juga naik, lagi naik tinggi interest, lagi tinggi juga pulangan dan keuntungan yang saya perolehi. Saya hanya perlu rehat sambil berpeluk tubuh yang penting orang macam saya juga akan terus untung, bukan sebab saya pandai atau cerdik tapi sebab saya tidak bodoh seperti yang lain.

Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007