Isnin, 14 Mei 2007

Menambah Pendapatan dan Kekayaan

Oleh : Zaidi Ismail

Setiap kali saya bangun pagi setiap hari jika saya di rumah, saya bersyukur kerana diberikan sehari lagi untuk hidup dan masih boleh bernafas serta jantung masih berdegup. Mantra saya setiap pagi ialah "Aku Memiliki Wang Melebihi Keperluan Hidupku, Alhamdulillah". Selesai melakukan perkara wajib saya akan melangkah lebih kurang 5 tapak ke pejabat saya yang bersebelahan dengan bilik tidur saya. Saya tidak perlu memandu, menaiki kenderaan awam malah tidak perlu keluar dari rumah untuk ke pejabat saya. Masuk pejabat saya akan lihat jadual saya pada hari tersebut dan perkara pertama yang biasa saya lakukan ialah bersarapan sambil baca akhbar hari tersebut yang disampaikan pada saya melalui komputer riba saya termasuklah maklumat pasaran saham, hartanah, pelaburan diluar persisiran serta semua matlumat kewangan saya yang disampaikan secara percuma melalui internet ke komputer riba saya.




Doa Murah Rezeki

Seawal jam 9 pagi handphone saya mula berdering dari yang bertanya tentang macam mana nak selesaikan hutang hinggalah yang ingin tahu tips-tips pelaburan atau cara pantas untuk jadi kaya, ada juga yang menefon berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam skim cepat kaya dan tak kurang jugak yang ajak saya masuk skim cepat kaya dan skim pyramid. Semuanya saya layan seadanya, dari yang saya anggap serus hinggalah yang kepada yang lucu dan menyedihkan. Semuanya kerana wang dan bagaimana mereka menganggap wang telah menyusahkan kehidupan mereka kerana mereka merasakan terpaksa mengurus kewangan mereka.

Ada yang bertanya kepada saya, kenapa tulisan saya lebih fokus kepada hutang dan cara menyelesaikannya bukannya kepada cara menambah pendapatan, satu soalan yang menarik, mengapa agaknya? Adakah mungkin kerana semua orang ada hutang dan ianya adalah perkara yang sama bagi semua orang? biasanya terdapat 3 golongan yang inginkan kesenangan :-

  • Golongan pertama ialah mereka yang percaya dengan mencari kesenangan dan kekayaan dengan bekerja kuat, siang dan malam mencari wang, golongan ini adalah golongan yang berfikir seperti orang miskin, bersusah dulu dan bersenang kemudian dan adakalanya tak senang-senang sehingga akhir hayat mereka.
  • Golongan kedua pula adalah golongan yang mahu senang sekarang dan tidak memikirkan masa depan tentang akibat kesenangan cepat atau segera. Golongan ini biasanya golongan yang selalu kena tipu , tamak dan mereka yang sering kali nak kaya cepat dan terlibat dengan skim piramid, skim cepat kaya dan sebagainya dan langsung tidak mempunyai ilmu atau faham konsep pengurusan wang. Golongan ini biasanya adalah golongan yang paling banyak mengumpul hutang.
  • Golongan ketiga adalah golongan seperti saya, golongan yang senang dan mahukan kesenangan berkekalan, sederhana dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan, apa yang dilakukan hanya perlu mengurus rezeki tersebut sebaik mungkin serta berharap agar kesenangan ini akan berpanjangan. Biarpun saya dibesarkan didalam keluarga miskin tapi saya merasakan saya mempunyai kehidupan yang agak senang, bukan mewah tapi senang, cukup makan, cukup pakai, ada tempat tinggal, tidak berhutang dan mempunyai harta lebihan.

Kita tidak mempunyai pilihan lain selain dari menjadi kaya dan mempunyai kesenangan, ini kerana pilihan kedua adalah miskin dan susah, tiada pilihan kedua hanya satu pilihan iaitu kaya dan kesenangan. Dalam keadaan hari ini menjadi "middle class" adalah bukan satu pilihan, ini kerana "middle class' adalah golongan pekerja yang menjadikan golongan kaya bertambah kaya, mereka adalah pekerja untuk golongan kaya, dan biasanya golongan ini bekerja untuk wang bukannya wang bekerja untuk mereka.

Masanya telah tiba untuk fokus dan menumpukan perhatian kepada penambahan harta dan kekayaan, sudah lama saya menulis tentang hutang dan cara serta kaedah menyelesaikan hutang, sudah tiba masanya saya bertukar topik yang lebih menarik iaitu penambahan pendapatan, harta dan kekayaan. Lebih sebulan saya berada di Indonesia melaksanakan tugas-tugas saya seperti biasa dan jarang mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia. Lagipun saya mempunyai pembantu yang membantu saya mengurus perkara-perkara yang perlu diurus di Malaysia kecuali yang memerlukan tandatangan saya. Kebanyakannya telah saya lakukan secara automatik. Seperti kata David Bach penulis buku "Automatic Millionaire" kenapa perlu bersusah payah menguruskan kewangan sedangkan lebih 80% dari pengurusan kewangan boleh dilakukan secara automatik, ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan wang dan yang paling penting saya tidak perlu fokus tentang perkara-perkara remeh seperti membayar bil atau menyimpan, semuanya dilakukan secara automatik malah menjana kekayaan juga boleh dilakukan secara automatik.

Duit Murah

Saya agak terkejut, sekembalinya saya ke tanahair Jumaat lalu, terdapat surat dari Bank Al-Rajhi yang menawarkan kemudahan sebanyak RM24 ribu ringgit dengan kos sebanyak RM10 ringgit, saya seperti tidak percaya, ianya satu mimpi yang diidamkan oleh orang seperti saya, ianya adalah kos termurah yang boleh saya gunakan. Adakah wang begitu murah hari ini, dengan hanya membayar RM10 saya boleh menggunakan kemudahan bernilai RM24 ribu ringgit. Bukan tujuan saya untuk mempromosikan Bank Al-Rajhi, apa yang cuba saya ketengahkan ialah adakah wang begitu murah dan mudah untuk didapati hari ini, adakah begitu senang untuk mendapatkan kemudahan sebegitu? Pasti ada sesuatu muslihat dan gimik pihak bank. Isnin kemarin saya terus ke Al-Rajhi untuk mendapatkan kepastian, saya diberi tahu bahawa caj sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap transaksi tapi bukan jumlah keseluruhan kemudahan, saya rasa tertipu ketika itu, walau bagaimanapun saya terus berusaha mendapatkan lebih penjelasan dan kepastian.

Selepas diberikan penjelasan, kemudahan yang diberikan hanyalah berupa transaksi di ATM dan saya hanya boleh mengeluarkan tunai sebanyak RM1500 bagi setiap transaksi dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM10, ini bermakna saya akan dikenakan caj sebanyak RM160 untuk jumlah kemudahan tunai sebanyak RM24 ribu. Itu masih murah yakni lebih kurang 0.7% caj dari RM24,000 , saya terkejut. Saya diberikan kemudahan selama 55 hari untuk membayar balik jumlah wang yang digunakan. Ini satu mimpi bagi orang seperti saya, dengan wang yang sebegitu murah saya boleh mengurangkan kadar faedah kemudahan overdraft, pinjaman perumahan dan pelbagai kadar faedah pinjaman yang lain. Setelah dikira, saya dapat menjmat lebih kurang RM100 kadar faedah sebulan dengan menggunakan kemudahan ini. Ini bermakna saya boleh berjimat RM1200 setahun atau lebih RM24,000 ringgit dalam masa 20 tahun akan datang tanpa perlu melakukan apa-apa hanya dengan memanupulasi sistem kewangan yang sedia ada, saya bukan sahaja tidak perlu mencari RM100, saya mendapat RM100 sebulan secara percuma dan ini akan membolehkan Aliran Tunai saya meningkat sebanyak RM100 tanpa perlu melakukan apa-apa. Adakah wang begitu murah dan mudah didapati hari ini?

Menambah Pendapatan

Robert Kiyosaki ada menyatakan terdapat 3 jenis pendapatan, yakni pendapatan dari pekerjaan seperti gaji, upah, komisyen dan sebagainya, tapi malangnya pendapatan dari pekerjaan bukan satu pendapatan yang menguntungkan, ini kerana pendapatan dari hasil pekerjaan akan dipotong terlebih dahulu sebelum sampai ketangan kita. Ianya akan di potong oleh SOCSO, KWSP, CUKAI BERJADUAL dan lain-lain potongan wajib yang terpaksa dilakukan, Robert menyatakan bahawa pendapatan hasil dari pekerjaan adalah pendapatan 50%, ini kerana hampir 50% daripada pendapatan tersebut akan dipotong sebelum sampai ketangan kita. Mungkin di Malaysia potongannya mungkin tidak setinggi itu, namun ianya masih dipotong mungkin sehingga 30% atau lebih daripada pendapatan kasar kita. Malangnya inilah pendapatan yang kita habiskan banyak masa untuk mendapatkannya, Inilah yang dikatakan pendapatan orang miskin, yakni pendapatan yang bergantung kepada pekerjaan dan wang ehsan dari pekerjaan tersebut, hilang pekerjaan maka hilanglah pendapatan tersebut.

Pendapatan kedua ialah apa yang dikenali sebagai Pendapatan Potfolio atau ada juga yang menyebut sebagai pendapatan atas kertas. Apa yang dimaksudkan ialah pendapatan dari hasil pelaburan seperti Saham, Amanah Saham, Stock, BON, Pasaraan Modal dan sebagainya. Pendapatan jenis ini lebih baik dari pendapatan hasil dari pekerjaan kerana ianya tidak bergantung kepada hanya satu sumber, tapi dari pelbagai sumber dan apa yang berlaku biasanya pendapatan ini adalah hasil keuntungan dari jualan harta atas kertas dan juga hasil dari dividen serta bonus pelaburan yang dilakukan, kesemua ini boleh dilakukan bila-bila masa dan pada bila-bila keadaan, ianya tidak memerlukan banyak masa untuk diperhatikan hanya sekitar beberapa jam seminggu untuk melihat perkembangan pelaburan anda dan mengambil keuntungan apabila keadaan mengizinkan. Walaubagaimanapun pendapatan potfolio ini dikira sebagai pendapatan 20% kerana biasanya apa juga keuntungan dari pendapatan ini akan dikenakan cukai, caj perkhidmatan, caj transaksi dan sebagainya, namum ianya lebih baik dari pendapatan dari pekerjaan, ini kerana anda tidak perlu menghabiskan banyak masa serta boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Anda juga tidak terikat dengan peraturan pekerjaan. Anda tidak perlu 8 jam sehari untuk mengurus Potfolio anda.

Pendapatan ketiga ialah jenis pendapatan yang paling saya suka dan saya rasa semua orang menginginkan pendapatan jenis ini, Ianya dikenali sebagai Pendapatan Pasif. Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif? pendapatan pasif adalah pendapatan dari hasil keuntungan satu usaha atau pekerjaan atau hasil berterusan dari satu usaha seperti royalti hasil ciptaan musik dan filem, royalti dari buku, wang sewaan, hasil komisyen berterusan dari jualan dan sebagainya. Aakah yang boleh menghasilkan pendapatan pasif? Ianya adalah pekerjaan yang dilakukan sekali dan pendapatan berterusan tanpa henti sampai bila-bila. Inilah bentuk pendapatan yang diidamkan oleh semua orang, hanya perlu kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan sampai bila-bila tanpa perlu bekerja lagi. Malangnya bukan semua orang mempunyai bakat mencipta lagu atau membuat filem. Tapi terdapat banyak cara lain untuk menghasilkan pendapatan pasif. Oleh kerana saya suka pendapatan pasif dan kita boleh menghasilkan pendapatan pasif tanpa perlu banyak modal atau kerja yang lama. Saya akan memfokuskan lebih berkenaan penghasilkan pendapatan pasif. Selain dari menjadi pencipta lagu, menulis, pembuat filem dan sebagainya terdapat dua lagi cara yang lebih mudah untuk menghasilkan pendapatan pasif.

Pelaburan Hartanah

Hasil dari pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan pasif, apa yang saya suka tentang hartanah adalah kelebihan "leverage" yang terdapat pada hartanah tersebut. Kita boleh mengawal harta yang bernilai berjuta ringgit tanpa perlu mengeluarkan modal atau dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Bukan setakat itu sahaja, malah ini adalah merupakan satu pelaburan yang mudah sehingga pihak institusi kewangan memberikan kita wang beratus ribu malahan berjuta ringgit sebagai modal, tiada bentuk pelaburan lain yang membolehkan kita mendapat sokongan mudah dari institusi kewangan kecuali hartanah. Tiada pihak akan memberikan kita wang untuk melabur ke pasaran saham atau ke pasaran modal. Tapi mereka dengan mudah memberikan kita wang untuk melabur kedalam hartanah. terdapat dua jenis pendapatan pasif dari hartanah. Pertama adalah aliran tunai hasil dari sewaan dan kedua adalah penambahan modal hasil dari peningkatan ekuti didalam hartanah tersebut. selain daripada itu, hartanah yang tidak mempunyai hutang boleh dijadikan cagaran untuk menghasilkan lebih banyak pelaburan hartanah lain. Selain daripada pelaburan hartanah traditional seperti rumah, apartment, rumah kedai, kilang dan sebagainya, terdapat juga pendapatan dari REITS dan Land Banking, dua bentuk pelaburan hartanah yang diuruskan oleh pengurus pelaburan hartanah. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Land Banking, anda boleh menghantar email ke urusinsan@gmail.com.

Anda juga boleh mendapatkan lebih maklumat berkenaan dengan pelaburan hartanah dari buku, menghadiri seminar atau menyertai forum berkenaan dengan hartanah. Ini adalah antara bentuk pelaburan yang boleh dipelajari dan mudah untuk dilakukan oleh anda sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Apa yang diperlukan hanyalah Ilmu, semangat dan kesabaran.

Network Marketing atau Rakaian Perniagaan

Ini adalah merupakan satu perniagan mudah yang membolehkan peserta mendapat pendapatan pasif secara berterusan, permiagaan seumpama ini lebih dikenali sebagai MLM (multi-level marketing) yang mempunyai rangkaian berangkai berbentuk seperti pyramid, mereka yang paling atas akan mendapat hasil paling tinggi, ini kerana mereka yang paling bawah bolehlah dianaggap bekerja untuk mereka yang diatas, dan lebih banyak anak buah yang anda ada, lebih banyak pendapatan yang boleh anda perolehi. Cara paling mudah untuk berjaya didalam network marketing atau MLM adalah mengangotai program ini diperingkat awal serta menjadikan perniagaan ini sebahagian dari kehidupan anda. sebagai contoh saya menghabiskan RM100 setiap bulan membeli produk kesihatan untuk kegunaan diri sendiri. Selain dari membeli produk tersebut untuk kegunaan saya sendiri saya mengangotai perniagaan yang sama bagi membolehkan saya mendapat pulangan kewangan selain dari mendapat produk kesihatan yang saya gunakan. Sehinggalah pada satu ketika hasil dari perniagaan ini mampu untuk menampung kos pembelian produk kesihatan tersebut. Dengan kata lain saya mendapat produk kesihatan percuma setiap bulan dengan menjadi sebahagian daripada ahli network marketing tersebut.

Terdapat syarat penentu kejayaan bagaimana untuk memaksimumkan pendapatan pasif dari network maketing dan antara lainnya adalah:-

  1. Anda berminat dengan produk yang ditawarkan dan anda sendiri menjadi pengguna tetap produk tersebut, jangan jadi kebanyakan orang MLM yang menjual produk yang merekasendiri tidak gunakan.
  2. Menjadi anggota terawal supaya anda bukan berada dibawah piramid dan bekerja untuk mengkayakan orang lain.
  3. Sistem mudah dan diautomasikan, saya sendiri malas kalau nak kena jumpa orang, pergi seminar, berjaga sampai pagi dengar celoteh ahli MLM yang kononnya telah berjaya dan sebagainya.
  4. Kaedah mudah, hanya perlu bekerja sekali sekala kurang dari 30 minit sehari
  5. Mempunyai satu sistem sokongan yang konsisten dan meliputi seluruh negara.

Dengan kata lain seperti anda, saya mahukan sesuatu yang mudah senang dan boleh buat duit dengan sendirinya tanpa perlu bekerja lebih. Alang-alang nak buat duit kenapa tidak membuat peraturan sendiri bukan. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang network marketing bolehlah melayari laman web rakan saya di http://vitaminku.blogspot.com/.


Tips Menambah Pendapatan Dari Pekerjaan.

Ramai dari kita beranggapan bahawa jalan menuju kesenangan adalah dengan mencari pendapatan lebih, oleh kerana itu kita sering disogokkan dengan pelbagai iklan skim menambah pendapatan dari skim yang terdapat di internet hinggalah kepada bekerja sambilan di rumah. Semuanya untuk menambah pendapatan. Adakah anda rasa ini jalan keluar masalah kewangan atau ketidak cukupan kewangan anda? atau masalah sebenarnya adalah kerana anda gagal mengurus rezeki yang diberikan oleh Allah dengan baik? sebagai contoh, Arwah Ibu dan Bapa saya membesarkan kami sekeluarga yang membunyai 4 orang anak lelaki mampu untuk menyekolahkan kami disamping mempunyai simpanan cukup untuk menunaikan fardhu haji dengan hanya berpendapatan beberapa ratus ringgit sebulan. Kami dibesarkan di Petaling Jaya bukan dikampung dan apabila dewasa kami mampu untuk memiliki rumah sendiri bukan satu tapi beberapa buah rumah.

Diakhir hayat kedua Ibu dan Ayah, tiada harta lain yang ditinggalkan kepada kami kecuali Ilmu dan dengan ilmu tersebut kami menggunakan akal yang ada untuk mengurus kehidupan kami. Agak sukar bagi saya apabila kebanyakan kes yang saya terima menunjukkan bahawa masalah utama yang menyebabkan kebanyakan anda mengalami masalah kewangan adalah kerana perbelanjaan anda melebihi pendapatan. Rasanya orang lain tidak boleh dipersalahkan didalam hal kecuali diri anda sendiri. Lebih 70% daripada kes adalah kerana pembaziran dengan pembelian yang merugikan dan menyebabkan meningkatnya hutang peribadi. Bagi saya anda adalah seorang "Failure" kerana gagal mengurus diri dan keluarga anda sendiri.

Seperti ramai pekerja di Malaysia, kita biasanya menunggu kenaikan gaji bagi menambah pendapatan kita. Dari 11 tahun pengalaman saya sebagai pekerja dan juga pengusaha, jalan paling mudah dan cepat untuk menambah pendapatan sebagai seorang pekerja ialah pengkhususan dan bertukar tempat pekerjaan baru setiap 2 tahun sekali. Sepanjang 11 tahun ini secara purata saya telah bertukar kerja lebih dari 5 kali dari gaji permulaan RM350 sebulan sehinggalah lebih RM10 Ribu sebulan kini dengan hanya memfokuskan pada satu bidang yang saya minati sehingga menjadi "specialist" dan mempunyai "SuperSkill" yang tidak ramai mempunyainya dan bertukar tempat pekerjaan serta mengambil lebih banyak tanggungjawab setiap kali bertukar tempat kerja. Apa yang diperlukan ialah fokus dan perancangan pekerjaan yang jelas. Gunakan formula mudah. Jadi pakar di dalam bidang anda dan jangan tunggu peluang, cari peluang dan bertukar ke tempat baru setiap 2 tahun tapi kekal didalam bidang yang sama. Pastikan kenaikan gaji anda lebih dari 30% setiap kali anda bertukar ke tempat kerja baru.

Contoh :-

  • Arwah Bapa saya - terlibat didalam ketenteraan lebih dari 15 tahun dan kemudian bersara dan terlibat didalam industri keselematan lebih 15 tahun sebelum bersara penuh pada akhir tahun 80an.
  • Abang Sulong Saya - Bekerja didalam bidang percetakan lebih dari 20 tahun , dari pembantu teknik hinggalah kepada operator penuh percetakan (operator pencetakan adalah sama dengan jurutera percetakan.
  • Abang Kedua Saya - Bekerja didalam Industri Penerbangan lebih dari 17 tahun dari "cleaner pesawat" hinggalah ke bahagian Kejuruteraan Pesawat.
  • Abang Ketiga Saya - Bekerja didalam Industri percetakan lebih dari 15 tahun dari budak angkat kertas higgalah menjadi Supervisor Operator Pencetakan.
  • Saya sendiri - Bekerja didalam industri telekomunikasi lebih dari 11 tahun, dari pembantu teknikal sehingga menjadi Jurutera penuh kini.

Nota : Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah didalam bidang kewangan sebelum membuat apa juga bentuk pelaburan atau sebelum anda terlibat didalam penstukturan kewangan anda. Sila dapatkan nasihat dari Perancang Kewangan dan Institusi Kewangan yang bertauliah.

Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007