Jumaat, 4 Januari 2008

Selamat Tinggal 2007 Dan Selamat Datang 2008

Telah agak lama saya tidak menulis pada ruangan ini. Artikel ini mungkin merupakan artikel terakhir bagi menutup tahun 2007. Mengenang kembali sepanjang perjalanan saya pada tahun 2007 ini, saya amat bersyukur sekali kepada Allah yang memberikan saya masa, kesempatan serta rezeki yang melimpah ruah pada tahun 2007. Mengenang kembali perjalanan hidup saya pada tahun 2007, Allhamdulillah beberapa objektif hidup saya telah dapat saya capai.

Oleh kerana ini merupakan blog kewangan peribadi saya, maka catitan ini akan memfokus kepada aspek kewangan peribadi saya, lagipun tiada siapa yang ingin membaca kisah bosan hidup saya kecuali saya dan anak cucu saya kelak. Mari kita imbas kembali apa yang berlaku didalam hidup saya sepanjang 2007.

Bermulanya blog ini dan Forum Urusinsan.

Ketika saya mula sedar akan perlunya satu tempat yang mana orang ramai boleh mengambil contoh praktikal didalam mengurus kewangan peribadi, saya rasa terpanggil untuk menyujudkan blog ini (
www.urusinsan.net.my) serta Forum Urusinsan (http://urusinsan.forum5.com) kerana saya lihat tiada lagi blog / laman web atau forum yang khusus berkongsi contoh-contoh praktikal yang boleh dijadikan panduan didalam mengurus kewangan peribadi. Kebanyakan laman web / blog atau forum hanya berbincang secara teori yang kebanyakannya berunsur produk tanpa sebarang applikasi praktikal.

Sebagai seorang jurutera yang telah biasa dengan konsep applikasi dan praktikal, saya mengambil diri sendiri sebagai contoh amali. Tanpa sebarang model tertentu, saya cuba mencurahkan pengetahuan peribadi saya dalam mengurus kewangan peribadi kedalam blog ini serta forum yang disediakan bagi pembaca dan ahli urusinsan untuk berbincang serta bertukar-tukar ide , pendapat serta pengalaman dalam mengurus kewangan peribadi.

Langkah pertama yang saya ambil adalah untuk memperkenalkan diri saya serta tujuan disebalik keujudan blog serta forum ini. Dalam saya menggunakan diri saya sendiri sebagai contoh, bagaimana saya mengurus kewangan peribadi saya, saya mendapat pelbagai “feedback” dari pembaca serta ahli forum yang rata-rata memberikan galakan, walaubagaimanapun saya mengambil sikap berhati-hati didalam hal ini.

Sikap Suka Mengambil Kesempatan.

Biarpun niat saya adalah untuk membantu golongan sederhana (average Malaysian) tentang pengurusan kewangan peribadi melalui penagalaman saya sendiri, terdapat ramai juga pembaca serta ahli forum urusinsan yang cuba mengambil kesempatan diatas pengalaman lebih 10 tahun saya mengendalikan kewangan peribadi. Memang benar saya bukan seorang perancang kewangan yang bertauliah , pengurus kewangan atau penasihat kewangan, malah saya juga bukan seorang penjual produk kewangan atau agen mana-mana syarikat kewangan. Saya juga tidak memberikan sebarang perkhidmatan kewangan atau mengenakan apa-apa caj perkhidmatan, dengan kata lain , saya tidak berniaga dengan memberikan perkhidmatan, saya bukan pemberi khidmat kewangan.

Ramai dari pembaca serta ahli urusinsan yang menghubungi saya meminta saya membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka dan Alhamdulillah setakat ini tiada satu pun yang tidak dapat diselesaikan kecuali jika hamba Allah terbabit tidak mahu menyelesaikannnya. Walaupun begitu, oleh kerana saya tidak mengenakan apa-apa bayaran dan tugas membantu hanya dianggap sedekah semata-mata, ramai pula pula yang mengambil sikap malas, dan hanya tahu melemparkan permasahan mereka kepada saya tanpa mahu berusaha dahulu, paling tidak membaca habis apa yang telah saya kongsi di blog serta forum urusinsan.

Ramai yang hanya tahu memberikan masalah kewangan mereka kepada saya untuk minta diselesaikan begitu sahaja, malah tidak sedikitpun mahu membantu rakan-rakan yang lain didalam forum urusinsan misalnya biarpun dengan hanya menderma atau memberi sumbangan RM10 kepada Kelab Urusinsan bagi membantu kelab tersebut mengembangkan aktivitinya.

Bila ditanya kepada kebanyakan orang, adakah anda mahu menjadi seorang jutawan? Ramai yang akan bersorak ‘YA” tetapi bila ditanya adakah anda sanggup buat apa yang perlu dibuat untuk menjadi seroang jutawan, ramai yang akan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut.

Sebagai contoh , kalau saya Tanya adakah anda mahu menjadi seorang jutawan? Semua akan bersorak “YA”, jika saya Tanya adakah anda sanggup menjual kereta anda untuk menjadi seorang jutawan? Jawapannya belum tentu “YA” , atau adakah anda sanggup menjual rumah anda yang sedia ada untuk menjadi seorang jutawan? Besar kemungkinan tidak. Jadi anda ingin menjadi seorang jutawan tanpa perlu berusaha atau tanpa sebarang pengorbanan? Anda bermimpi jika jawapannya ‘YA”.

Pertama sekali saya ingin tekankan disini, tiada jalan mudah untuk menjadi jutawan dan bebas dari beban kewangan. Anda perlu berkorban untuk menajdi seorang jutawan, seperti juga semasa zaman persekolahan, tiada jalan mudah untuk mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan anda, anda perlu belajar, rajin mengulangkaji pelajaran dan kadangkala perlu berkorban untuk tidak bertemu kawan-kawan pada waktu-waktu tertentu kerana anda perlu mengulangkaji pelajaran anda atau anda sedang berada di pusat tuition atau mengambil kelas tambahan untuk memantapkan kemahiran pembelajaran anda.

Begitu juga untuk menajdi seorang jutawan, anda perlu belajar berkorban samaada dari segi usaha, masa atau kebiasaan (habit) anda, anda juga perlu bukan sahaja mengubah minda atau cara anda berfikir malah perangai anda, dengan kata lain, anda perlu mengubah sikap anda untuk menjadi seorang jutawan, dan ini adalah merupakan cabaran paling berat bagi kebanyakan orang. Jadi jika saya mengulang semula soalan saya “Adakah anda sanggup menjadi seorang jutawan?” apakah jawapan anda sekarang?

Adakah mustahil untuk menjadi jutawan dalam masa terdekat? Katakan 3 hingga 5 tahun dengan mengekalkan pekerjaan anda sekarang? Jawpannya ialah YA, adakah anda perlu berhenti kerja dan membuka perniagaan anda sendiri untuk menajdi jutawan? Jawapannya TIDAK.

Berikut adalah merupakan strategi yang digunakan oleh saya semasa saya melalui perjalanan untuk menjadi sebagai seorang jutawan 5 tahun yang lalu.

Strategi saya menjadi jutawan dengan mengambil langkah dibawah satu persatu

  • Mempunyai sasaran atau matlamat kewangan yang jelas
  • Memiliki minda jutawan melalui ilmu
  • Mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang
  • Melupus dan mengurangkan hutang
  • Menambah pendapatan
  • Menstabilkan kewangan peribadi
  • Melabur melalui konsep “wealth cycle investing”
  • Menggunakan secara maximum harta malas sedia yang ada (ikuiti hartanah , KWSP, simpanan, hutang dan lain-lain).

Mengimbau kembali

Satu ketika dahulu saya tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan, saya cuma perlu tetapkan matlamat dan berusaha kearahnya, kini setelah 10 tahun berlalu saya bergelar jutawan , memiliki kerjaya dan pelbagai jenis perniagaan, dari digelar seorang pekerja, peniaga dan kini seorang pelabur semua pahit manis dalam meniti kejayaaan telah saya lalui. Dalam usia 33 tahun Alhamdulillah kini saya memfokuskan tenaga saya dalam membantu mereka yang memerlukan pula.

Mereka yang sesat dalam mencari ketenangan serta dibelanggu masalah kewangan menjadi misi saya kini. Setelah tertubuhnya URUSINSAN, saya kini dapat membantu secara terus kepada mereka yang memerlukan panduan bebas dari belenggu kewangan.

Wang bagi saya bukan lagi satu ukuran kejayaan, saya telah dan sedang menikmatinya, kini yang penting bagi saya adalah ketenangan dalaman, ramai yang akan berkata, kalau cukup wang semuanya tenang, benar sekali tidak saya nafikan, tapi adakah anda tahu bahawa dengan pendapatan RM750 sebulan juga anda mampu memiliki ketenangan, dengan gaji RM750 sebulan juga anda boleh menjadi seorang jutawan.

10 tahun dulu, gaji saya hanya RM750 sebulan, 10 tahun kemudian saya bergelar jutawan, jika saya boleh melakukannya semua orang pun boleh melakukannya, ianya tidak susah dan sesukar yg disangka. Mungkin ada yang akan berkata 10 tahun terlalu lama, bagi saya lebih baik lama dan mencapainya daripada langsung tidak memilikinya. Apa yang diperlukan hanya perubahan minda, keyakinan serta kesyukuran. Ketiga-tiga faktor ini tidak memerlukan sebarang modal, sesiapun boleh melakukannya, terpulang pada diri sendiri samaada mahu atau tidak sahaja.

Menutup Tirai 2007


Perjumpaan terakhir ahli urusinsan adalah merupakan highlight’s 2007 bagi saya, melihat perkembangan urusinsan amatlah membanggakan, pada mula penubuhannya hanya dianggotai oleh beberapa orang dan kini ianya dianggotai lebih 800 ahli dan mempunyai ahli jutawan “millionaires inside” lebih daripada 30 orang.

Perjumpaan yang diadakan pada 29 December 2007 yang lalu memperkenalkan mereka yang dibelakang tabir urusinsan disamping penasihat korporat dan mereka yang selama ini memberikan sokongan kepada urusinsan, ini termasuklah akauntan syarikat, peguam, penasihat kewangan, bankers, agen hartanah dan pelbagai lagi termasuk ahli urusinsan sendiri.

Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya pada yang telah sudi hadir pada perjumpaan terakhir ini, ini termasuklah semua tetamu yang hadir dari akauntan kepada pemaju hartanah dan diharapkan tahun 2008 akan memberikan lebih kegembiraan dan kejayaan pada semua ahli urusinsan umumnya dan ahli millionaires inside khasnya. Saya juga berharap urusinsan akan lebih sukses pada tahun 2008 kelak.


Selamat Datang 2008

Macam-macam yang telah dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2007 dan ada yang membuahkan hasil dan ada juga masih didalam proses pelaksanaan. Kini tahun baru menjelang lagi, kali ini tahun 2008, sekali lagi macam-macam rancangan yang diatur oleh saya samaada secara peibadi ataupun untuk ahli urusinsan khasnya.

Perancangan Peribadi

Secara peribadi saya akan lebih memfokus kepada “wealth multiplication” dengan mengamalkan kaedah “wealth cycle investing” dengan lebih agresif dalam saya mengembangkan potfolio hartanah saya yang kini telah mencapai lebih RM1 juta. Penumpuan lebih akan diberikan kepada pendapatan pasif dan aktif yang diperolehi daripada potoflio pelaburan hartanah, pelaburan potofio (paper investment) disamping meningkatkan pendapatan aktif melalui pelbagai perniagaan yang diusahakan.

Segala perolehan pendapatan akan dilaburkan semua kedalam bentuk asset kekal dan juga dalam bentuk pelaburan potfolio. Perbelanjaan pembelian asset serta “leveraging” yang lebih berdaya saing akan dilakukan untuk meningkatkan pegangan ekuti. Simpanan tunai juga akan diberikan penumpuan dimana diharapkan pengekalan simpanan lebih 70% daripada pendapatan akan diteruskan dan ditingkatkan lagi dari masa ke semasa terutama dengan penggunaan maksima alat kewangan seperti kad kredit, overdraft dan juga pinjaman tanpa faedah yang diperolehi.

Hutang juga diharap dapat dikurangkan bagi meningkatkan Networth atau asset bersih yang sedia ada kepada 50% daripada nilai hutang yang ada sekarang. Ini akan membolehkan saya meningkatkan perolehan dari pelaburan dan juga “cash machine” yang dibina. Diharapkan semua yang dirancang akan berjaya dan misi saya untuk memperolehi kebebasan kewangan mutlak akan tercapai.

Perancangan Kerjaya

Dari segi kerjaya diharapkan akan memberikan saya peluang meningkatkan kedudukan saya didalam syarikat, saya telah bersama Aperto Networks selama 5 tahun dan telah diamanahkan untuk mengembangkan perniagaan syarikat di Asia Pasifik sejak 5 tahun dahulu. Saya harap tahun 2008 akan memberikan saya peluang mengembangkan kerjaya yang sedia ada dengan kemasukan negara China dan Australia kedalam daerah pengurusan saya. Berikut adalah “forecast” saya sebagai seorang yang berbintang Aries bagi tahun 2008 kelak.

“ Aries Horoscope 2008 brings along much good news for the "Arians", as the stars say that the year 2008 would start with a good note for people belonging to this sun sign. Alignment is said to be the theme for Arians according to the horoscope 2008. It is advisable that Arians should focus on giving up those things in life, which are not organized. The Aries horoscope 2008 also says that the year ahead brings many good opportunities related to career. An Arian always likes to be on the top position when it comes to the professional front.

The year 2008 brings along ample opportunities for getting the Arians ahead on their career path. Just keep your goals in focus and keep making right efforts to accomplish them. A right move can take you many steps ahead on the ladder of success. Talking of love life, the Aries horoscope 2008 does not have much good news.

The year 2008 also bring into limelight the aspect of spirituality for Arians. They need to pay attention to attaining inner peace in this year. The financial aspect also brings only good opportunities for people belonging to this sun sign. The stars reveal good progress for Arians in the field of investment, especially in the real estate sector “

Manakala sebagai yang lahir pada tahun arnab dianggarkan bahawa “Overall Forecast Previous year’s bad luck is washed away. A year of excellent luck. Whether is it business, career, politics, or studies, this is the ripe time to charge in, display your entire forte, and you shall be able to expect outstanding results, high recognition. Excellent luck year is supporting you, aiding you to rise up steadily. Avoid gossips and other people matters. This is the ripe time to establish or expand business, but avoid having speculative thoughts. In addition, remain humble and courteous, and maintain good interpersonal relationship, which will result in excellent business reputation soon. Career involving analytical abilities is favourable for working persons, where you have the opportunity to showcase your skills and talents.”

Peningkatan dari segi kerjaya ini juga akan membantu menambah lagi pendapatan yang mana dapat disalurkan semula kepada pelaburan harta yang mana akan digunakan untuk menambah pendapatan daripada pelaburan. Selain daripada itu, tanggungjawab kerjaya yang lebih mencabar akan juga membolehkan peningkatan kedudukan saya didalam syarikat kelak. Ini membolehkan lebih banyak kelebihan syarikat dapat dinikmati seperti tinggal di hotel 6 bintang, percutian keluarga yang dibayar, penggunaan harta korporat dan sebagainya.

Pengurangan Hutang

Bagi kebanyakan orang jika berhutang mereka akan fokus dan fikir pasal hutang, apabila berbicara tentang hutang sampai bila pun tak abis, siapa yang tiada hutang, mesti ada hutang, saya sendiri hutang berjuta tapi semua hutang saya membawa pulangan dan saya akan pastikan saya berhutang yang membawa keuntungan dan jika berlaku sesuatu keatas diri saya samaada kemalangan atau kematian, segala hutang saya akan langsai dengan sendirinya.

Bercakap tentang hutang, oleh kerana kebanyakan orang terlalu fokus pada pembayaran semula hutang maka mereka tidak nampak perkara lain selain daripada hutang dan jika mereka menggangap hutang itu satu bebanan maka ianya akan menjadi satu beban pada mereka. “we see what we choose to see and hear what we choose to hear”.

Semuanya tergantung kepada jenis hutang, ada hutang yang membawa kesengsaraan seperti hutang pengguna atau “comsumer debt” yang mana tidak membawa sebarang keuntungan seperti berhutang untuk berkahwin, berhutang membeli kenderaan , hutang membeli rumah kediaman sendiri , berhutang membeli perabot, alat – alat elektrik dan pelbagai lagi barangan pengguna yang tidak membawa sebarang nilai tambah, yang bertambah hanyalah hutang..

Jika hendak berhutang pastikan ianya membawa keuntungan , seperti berhutang membeli hartanah pelaburan anda (rumah sewa) dan sebagainya. Jika anda membayar hutang RM1000 sebulan kepada bank pastikan pendapatan anda daripada hutang tersebut adalah RM1500 ini memberikan anda keuntungan sebanyak RM500 daripada hutang anda. Bukan sebaliknya. Walaubagaimanapun untuk jangka masa panjang hutang perlu dikurangkan atau di lupuskan secepat mungkin tapi bukan dengan memfokuskan kepada pembayaran balik hutang tapi dengan memfokus kepada peningkatan harta yang memberikan keuntungan dan pendapatan yang tidak secara langsung mengurangkan hutang yang sedia ada. Oleh itu lebih baik fokus pada pendapatan dan simpanan daripada berfikir tentang hutang.

Urusinsan pada tahun 2008

Antara program yang telah dirancang dan sisusun untuk ahli-ahli urusinsan untuk tahun 2008 antara lain adalah Penubuhan Group “Urusinsan Millionaires Inside”

Penubuhan group “by invitation only” ini hanya dikhususkan kepada mereka yang ingin pergi lebih jauh untuk menjadi seorang jutawan yang berwawasan. Group ini juga akan menggantikan program Mentoring yang dicadangkan sebelum ini. Oleh itu kelab urusinsan tidak akan mengadakan Program Mentoring.

Terdapat syarat-syarat tambahan untuk mengaggotai group “Urusinsan Millionaires Inside” , syarat-syarat tersebut adalah:-

1. Ahli Urusinsan
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Bayaran keahlian seumur hidup sebanyak RM1000
4. Menerima “Term & Condition” keahlian
5. Keahlian Urusinsan Millionaires Inside akan bermula dari pada January 2008.

Group Urusinsan Millionaires inside adalah merupakan satu Komuniti Group “networking” bagi ahli urusinsan yang ingin mengambil peluang untuk bertukar-tukar fkiran semasa sessi-sessi perjumpan yang dianjurkan bersama “bankers”, “self-made millionaires” , “lawyer” , “akauntan” , “financial planner” , “ahli perniagaan” dan mereka yang telah berjaya serta terlibat dalam industri perbankkan , kewangan serta perniagaan. Ini adalah peluang anda untuk berkenalan dengan mereka serta mengambil peluang-peluang penambahan kekayaan yang sedia ada.

Hanya ahli group ini sahaja yang akan dijemput untuk turut serta dalam projek-projek seperti “hartanah” , “automobil” , JV (Joint Venture) , VC (Venture Capital), Pelaburan seperti Land Banking , Hedge Fund, pemilikan perniagaan dan banyak lagi. Ahli Group akan dijemput masuk ke laman web / forum berasingan daripada forum yang sedia ada dengan topik-topik berkisar “wealth creation” , “wealth accumulation” , “wealth sustainability” , "wealth multiplication" dan sebagainya, dengan kata lain group Urusinsan Millionaires Inside akan lebih fokus kepada penambahan serta pengumpulan harta dan bukannya isu perihal hutang. Ahli-ahli akan melalui kelima-lima proses Perancangan Kewangan sehingga kepada perancangan Estate atau perancangan warisan kekayaan. Selain daripada itu, ahli Millionaires Inside berpeluang untuk menghubungi saya bila-bila masa

Bagi yang ingin menyertai group “Urusinsan Millionaires Inside”

1. Sila email maklumat lengkap anda seperti dibawah kepada urusinsan@gmail.com dengan tajuk email “Keahlian Millionaires Inside”
a. Nama Penuh Anda
b. Lokasi Anda (cth , shah alam. PJ , keramat etc)
c. No Kad Pengenalan
d. No Telefon / handphone anda

2. Kami akan email “Term & Condition” keahlian kepada anda.
a. Sila tandangan muka surat penerimaan.
b. Email (urusinsan@gmail.com) atau fax (03-78731008) semula kepada kami slip pembayaran keahlian sebanyak RM1000 (ahli seumur hidup)
c. sila sertakan ID forum Urusinsan Anda

3. Setelah semua proses ini selesai, kami akan menjemput anda masuk ke forum "Millionaire Inside" dan laman web yang disediakan dan anda boleh serta merta menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Kelas Penyelesaian Hutang Percuma Untuk Ahli Urusinsan

Bagi ahli urusinsan lain yang bukan ahli Milllionaires Inside masih boleh menggunakan kemudahan forum yang sedia ada dengan percuma. Bagi mereka yang mempunyai kemuskilan tentang sesuatu permasalahan kewangan (Hutang) yang specifik seperti “Penyelesaian Hutang Kad Kredit” , “Melangsaikan Hutang Rumah dengan kadar segera” atau “ Menyelesaikan Hutang Kereta” dan sebagainya. Pihak Kelab urusinsan telah merancang mengadakan kelas-kelas penyelesaian masalah kewangan yang lebih spesifik secara percuma. Pihak kelab juga akan mengeluarkan perisian “software” untuk membantu mereka mengawasi atau “tracking” kemajuan peserta. Kelas ini akan dihadiri tidak lebih dari 30 peserta pada satu-satu masa. Kelas ini disediakan secara percuma kepada pembeli perisian (software) sahaja. Kelas ini akan dikendalikan oleh mereka yang bertauliah didalam bidang kewangan.

Antara Perisian serta Kelas Kewangan yang sedang dirancang adalah.

1. Teknik Menyelesaikan Hutang Kad Kredit (penggunaan perisian).

  • Kaedah serta teknik penyelesaian.
  • Cara menggunakan Kad Kredit Sebagai Tools Kewangan
  • Perisian ”credit card debt elimination tools”
  • Buku Kerja “workbook”
    o Jangka masa kelas = 3 jam
    o Harga Perisian = RM200
    o Waktu Kelas = Hujung Minggu (akan diberitahu kelak)
    o Tarikh bermula akan diumumkan kelak..

2. Penggunaan Overdraft

  • Kaedah Penggunaan Overdraft sebagai tools Kewangan
  • Perisian “Overdraft Monitoring Tools”
    o Jangka masa kelas = 3 jam
    o Harga Perisian := RM200
    o Waktu Kelas = Hujung Minggu (akan diumumkan kelak)
    o Tarikh bermula akan diumumkan kelak.

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas penyelesaian hutang ini bolehlah mendaftarkan diri anda dengan memberikan maklumat anda En. Hanafi (Koordinator Kelas Pembelajaran Urusinsan) di hanafi2k@gmail.com . Sila email dengan tajuk ”Kelas Urusinsan” , sila nyatakan maklumat berikut.

1. Nama Penuh anda
2. No Telefon
3. Email anda
4. Kelas yang ingin di hadiri (software yg ingin dibeli)

En. Hanafi akan menghubungi semula anda kelak dengan jadual waktu serta tarikh kelas yang bakal diadakan. Perisian yang dibeli akan diberikan semasa sessi kelas kelak. Anda juga boleh membeli perisian (software) tersebut tanpa menghadiri kelas yang dinyatakan. Bagi yang berminat untuk membeli software tersebut, sila email terus kepada saya di urusinsan@gmail.com dengan tajuk ”software kewangan” . Software tersebut akan mula dijual January 2008.

Diharapkan semua perancangan ini akan membuahkan kejayaan kepada semua yang mengikutinya. Oleh itu dengan lapang dada saya mengucapkan selamat tinggal 2007 dan selamat datang 2008 dan semoga tahun 2008 ini akan memberikan lebih kebahagian dan kecerian pada diri saya dan anda semua. Insyaallah.

Wasallam

Zaidi Ismail
Founder Urusinsan Sdn Bhd

Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007