Isnin, 24 Mac 2008

KETIKA AKU BERADA DI STARBUCK

Ketika Aku Berada di Starbuck
Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my

Saya agak sibuk sejak dua tiga menjak ini, lama pula tak update blog ini, ditambah pula keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini, saya juga agak sibuk untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan pelaburan hartanah yang telah saya laburkan pada tahun lepas, suku pertama tahun 2008 sahaja saya telah melabur pada hartanah bernilai lebih RM300K dan ianya akan di selesaikan pada suku ketiga tahun 2008 pula. Dari Malaysia ke Amerika , musim pilihanraya datang lagi dan kita baru sahaja selesai mengalami tsunami politik pada Pilohanraya Umum Ke 12 ini. Saya sebenarnya bukan nak ulas atau nak komen parti yang bertanding atau apa yang berlaku pada suasana politik Negara ketiga ini. Semestinya ianya lebih menarik dibanding dahulu, namun :-

Mereka dah tentu ada objektif sendiri samaada untuk rakyat ataupun peribadi
Mereka dah tentu “buat duit” kalau tak kenapa nak susahkan diri jadi calon
Apapun yang berlaku , kita sebagai pengguna dan rakyat akan menanggung bahananya.

Apa yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah kesan pilihanraya pada kita sebagai rakyat biasa. Seperti biasa pandangan saya menjerumus kepada persoalan kewangan. Persoalan utama bagi rakyat biasa seperti saya ialah, tidak kira siapa pun yang menang, adakah kehidupan kita akan berubah selepas pilihanraya?

Bagi saya , kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya tetap sama, ini kerana saya telah bersedia selama 10 tahun untuk menghadapi apa juga perubahannya. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda telah bersedia? Adakah anda sudah bersedia apabila kadar faedah naik kelak apabila ekonomi kita menghadapi tekanan inflasi misalnya? Harga barangan yang naik disekeliling kita adalah indikator terbaik untuk memberikan kita secebis ingatan bahawa kita sedang ,menghadapi tekanan inflasi.

Agak tidak masuk akal bukan, ketika kerajaan melaungkan bahawa ekonomi kita semakin kukuh dan nilai ringgit semakin kuat, pada waktu yang sama harga barangan meningkat naik? Adakah benar Ringgit semakin kuat atau US dollar yang semakin lemah?. Sebagai contoh , Harga minyak di Malaysia sekitar RM1.92 sen kini seliter manakala di Singapura harga minyak adalah sekitar S$ 1.70 sen jika kita tukar matawang Ringgit dengan Singapore Dollar, sudah semestinya minyak di Singapura kelihatan lebih mahal yakni RM 3.80 sen seliter, begitulah jika sekali pandang. Tapi jika diteliti keadaannya di Singapura dan dibandingkan tahap kehidupan rakyatnya. Mereka yang berpendapatan S$ 1000 sebulan jika dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan RM1000 sebulan disini. Harga minyak sekitar S$ 1.70 seliter adalah lebih murah jika dibandingkan dengan RM1.92 seliter di Malaysia bagi mereka yang berpendapatan RM1000 sebulan. Adakah kerana kerajaan yang ada kini fikir yang rakyat Malaysia bodoh kerana tidak dapat membezakan antara tahap hidup sesuatu Negara itu berbeza antara satu sama lain? Mungkin mereka benar, rakyat Malaysia memang bodoh, hanya anda yang mengetahuinya.

Ketika saya di Amerika Syarikat , saya boleh membeli 3 biji buah Oren lebih besar dari penumbuk saya setiap satu dengan harga USD 1 dollar untuk 3 biji buah Oren. Manakala di Malaysia RM1 hanya membolehkan saya membeli 1 biji buah Oren dengan harga yang sama. Oleh itu adakah adil perbandingan dibuat dengan Negara lain menggunakan matawang ringgit, sepatutnya perbandingan dibuat dengan nilai matawang tempatan kerana matawang tempatanlah yang digunakan oleh penduduk tempatan, ini mencerminkan taraf hidup sesuatu komuniti tersebut. Di Singapura misalnya mempunyai sistem pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia. Bagaimana pula dengan Negara Malaysia?

Oleh itu, Tanya diri anda, adakah kehidupan aku akan berubah selepas pilihanraya ini dan jika ya, bagaimana bakal anda hadapi perubahan tersebut? Bagi saya, setiap kali harga barangan naik, saya mendapat untung , setiap kali harga minyak naik , saya mendapat untung. Setiap kali sesebuah keluarga terpaksa melelong rumah mereka kerana tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan mereka kepada bank, saya mendapat untung, orang seperti saya mendapat untung tidak kira apa juga keadaan ekonomi Negara ini. Orang seperti saya dikenali sebagai pelabur dan pelabur mempunyai minda berbeza dengan yang bukan pelabur.

Ramai diantara kenalan saya yang sibuk sepanjang kempen pilihanraya yang lepas , bukan kerana mereka menjadi calon tetapi kerana mereka mendapat pelbagai projek dari parti politik yang sedang bertanding, dari projek memasang bendera dan poster hinggalah kepada kontrak menurap jalan dan membaiki kemudahan kawasan setempat. Agak sinis apabila seorang penonton TV yang ditemuramah menyatakan “saya tak kira siapa yang perintah Negara ini, yang penting saya boleh bisness”. Kalau saya pula, takda kira sapa yang perintah negara ini yang penting saya boleh terus buat duit. Jika tidak, saya akan lupuskan harta saya di Malaysia dan keluar negara, saya mempunyai pilihan tersebut, anda pula bagaimana? Adakah anda mempunyai pilihan yang sama seperti saya?

Mungkin ada yang akan berkata, saya tidak Patriotik? Memang benar, saya mengaku yang saya bukan seorang yang Patriotik , kerana Patriotisme tidak boleh mengisi perut yang kosong atau memberi kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga saya. Jika saya tidak pentingkan diri saya dan keluarga saya dahulu, siapa yang akan pentingkan kami? Adakah kami ingin mengharapkan pemerintah melakukannya untuk kami? Mereka juga mementingkan diri mereka, Mereka punya rumah besar, pendapatan berpuluh ribu dan ada yang berjuta ringgit? Adakah mereka tidak mementingkan diri mereka? Mereka juga mementingkan diri. Apa bezanya mereka dengan saya? Oleh itu sebelum ingin mengutuk atau mengeji saya tidak Patriotik, fikirkan tentang diri anda dahulu, adakah patriotime mengenyangkan keluarga anda, atau anda telah terpedaya oleh propaganda pemerintah yang berterusan berlangsung dari jam 6 pagi hinggalah ke 6 pagi esoknya.

Oleh itu, bersedialah , biar apapun yang terjadi selepas ini , andalah yang akan menerima dan merasai kesannya. Tidak kira samaada yang memerintah itu Barisan Nasional ataupun Barisan Rakyat. Apakah persediaan anda? Sudahkan anda mempunyai pelan dan cara melaksanakan pelan serta rancangan anda? Sudahkan anda menyelesaikan hutang kad kredit anda atau apa juga hutang pengguna? (consumer debt). Sudahkah anda memiliki harta yang boleh memberikan pendapatan berterusan kepada anda? Adakah anda mempuyai objektif kewangan yang jelas? Jika tidak , siapa pula yang akan menyediakan semua itu untuk anda jika bukan anda sendiri?

Bertepatan pula dengan bulan cukai pada April depan, adakah anda sudah bersedia dengan penyata cukai anda? Adakah anda sudah berseida dengan segala resit serta bukti-bukti yang perlu disertakan semasa anda mengistiharkan pendapatan anda? Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan pengecualian cukai yang perlu? Tahukah anda terdapat lebih 100 cara untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi individu di Malaysia? Sudahkah anda bersedia untuknya?

Semua yang dibicarakan diatas memerlukan perubahan minda dan ilmu untuk berjaya dalam mengurus kewangan. Adakah anda telah mengubah minda anda? Atau adakah anda masih berfikir cara lama sedangkan politik Negara sendiri pun boleh berubah, UMNO yang dulu dianggap kebal juga tumbang di beberapa buah negeri. Adakah anda mahu berfikir di takuk lama sedangkan sekeliling anda telah berubah?

Pada satu ketika dahulu pendapatan saya hanya sekitar RM750 sebulan dan saya hanya boleh menyimpan sekitar RM200 sebulan yakni 27% daripada pendapatan bulanan saya, kini ketika pendapatan saya melebihi RM10K sebulan saya menyimpan lebih 70% daripada pendapatan bulanan saya samaada dalam bentuk tunai ataupun melalui pembelian harta. Semua ini dilakukan kerana “miskin” bukan satu pilihan bagi saya. Bukan nilai RM yang penting tapi apa yang saya lakukan dengan pendapatan saya itu yang lebih utama. Saya mempunyai pilihan samaada untuk membelanjakannya seperti orang miskin yang lain atau melaburkannya untuk menambah harta dan kekayaan saya,. Oleh itu miskin atau kaya adalah satu pilihan dan bukannya nasib.

Nasib adalah 99% usaha dan 1% peluang. Oleh itu, lebih banyak anda berusaha maka lebih tinggilah peluang anda untuk berjaya. Thomas Edison telah mencuba lebih 1000 kali sebelum beliau menjumpai formula serta cara untuk menghasilkan mentol, bila ditanya beliau berkata, saya bukan gagal 999 kali tapi saya menjumpai 999 cara untuk tidak saya ulangi. Oleh itu 99% usaha dan 1% adalah peluang. Itulah yang dikatakan nasib.

Ketika saya menulis nukilan ini, saya berada di Starbuck yang hanya 1Km daripada rumah saya, mengenang semula apa yang telah saya lalui lebih 10 tahun yang lalu, saya tidak pernah terfikir yang saya boleh berada di posisi saya hari ini, Kini setiap seminit , nilai harta saya bertambah sebanyak RM1.90. Ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dan bukannya sesuatu yang mustahil, dahulu saya juag berfikiran dahulu, kalau anda fikirkannya mustahil, maka mustahilah ia, jika anda fikir ianya boleh dilakukan , maka bolehlah ianya dilakukan kerana bukan orang lain yang akan melakukannya kalau bukan anda sendiri.

Seperti juga kawan-kawan dan kenalan saya baik di
Forum Urusinsan ataupun di Millionaire Inside, yang kebanyakannya telahpun dapat melihat impak positif dalam kewangan mereka, saya ucapkan tahniah dan pada satu masa dan ketika mereka juga boleh mencapai lebih daripada apa yang telah saya capai hari ini. Pada yang mula pada usia muda pula, mereka akan menjadi jutawan dalam sekelip mata dan mereka juga pada satu ketika nanti akan berada dikedai kopi kegemaran mereka sambil merenung kembali saat mereka bermula dan tersenyum sendiri memikirkannya.

Salam

Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my

Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007