Jumaat, 4 April 2008

Isu Filem Fitna dan Pemboikotan Produk Belanda

Isu Filem Fitna Dan Pemboikotan Produk Belanda.
Oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my
Ketika ini umat Islam seluruh dunia sibuk dengan pelbagai saranan untuk memboikot produk daripada negara Belanda. Barangan berjenama seperti Dutch Lady , Rexona dan banyak lagi buatan syarikat-syarikat daripda Belanja di sarankan di boikot. Bagi saya memboikot barangan tersebut tidak memberi kesan keatas syarikat-syarikat tersebut, ini kerana beberapa faktor dan antranya ialah pasaran produk luas diserata dunia disamping nilai jenama yang tinggi, Ini dapat dibuktikan daripada harga saham syarikat-syarikat terbabit yang tidak memberikan gambaran kurangnya keyakinan pelabur membeli saham mereka. lagipun proses memboikot tidak akan kekal dan bakal dilupakan apabila sesuatu itu itu menjadi reda. Jangan pula menganggap saya penyokong syarikat-syarikat daripada Belanda ini. Akan tetapi langkah lebih bijak perlu diambil selain daripada memboikot barangan dan produk daripda Belanda.

Kesan impak daripada aktiviti boikot ini amatlah sedikit dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat terbabit. Tidak dinafikan jualan produk mereka dinegara-negara Islam akan terjelas, tetapi ianya tidak akan sampai memufliskan syarikat mereka. Kesan utama daripada boikot ini akan lebih dirasainya oleh pekerja syarikat terbabit, terutama pekerja di negara Islam yang memboikot produk keluaran syarikat Belanda. Pengalaman saya mengendalikan sebuah jabatan dalam sebuah syarikat conglomorat mengajar saya satu pengalaman yang amat berharga yakni, jika perolehan syarikat merosot, syarikat akan ambil tindakan mengurangkan pekerja, bagi syarikat, pekerja boleh diganti bila-bila masa. Apabila keadaan syarikat stabil semula, mereka akan ambil pekerja barui dan kitaran ini berterusan.

Oleh itu apabila penjualan produk berkurangan di negara-negara yang memboikot produk mereka, apa yang bakal di lakukan oleh syarikat-syarikat ini boleh dijangkakan oleh pelabur seperti saya, mereka akan mengurangkan pengeluaran dan pada waktu yang sama akan mengurangkan pekerja, yang menerima kesan atas pengurangan pekerja ini adalah pekerja tempat dinegara yang memboikot produk mereka. Pekerja-pekerja ini akan mula hilang pekerjaan dan ini akan menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Jika dilihat kesannya pada negara-negara yang membokot produk-produk ini seperti di Malaysia misalnya akan memberikan tekanan kepada pengguna itu sendiri apabila kadar pengangguran meningkat. Di Malaysia sahaja terdapat berpuluh produk dari Belanda yang dikilang dan dibungkus di negara ini. Syarikat-syarikat pengilangan dan pembungkusan termasuklah pemborong dan peruncit beserta peker-pekerja mereka akan menerima tekanan ini sebagai satu rantaian ekonomi yang saling berpaut antara satu sama lain dalam era globalisasi ini. Ini berlaku kerana beberapa sebab dan antaranya ialah:-

1. Tiada dan kurangnya produk tempatan gantian

2. Ekonomi yang masih peratusan besarnya bergantung pada FDI (foreign Direct Investment), pelaburan terus asing yang memilki perniagaan dan pengeluaran di negara ini.

Oleh itu sebelum kita terikut-ikut dan beremosi untuk memboikot produk-produk ini, fikirkan apa kesannya pada ekonomi dan diri anda sendiri, mana tahu hasil dari tindakan anda, bakal memungkinkan ahli keluarga anda sendiri hilang pekerjaan.

Apakah alternatif lain yang boleh diambil?
Saya cadangkan sesuatu yang lebih radikal daripada buang masa memboikot, lebih baik cari jalan macam mana caranya untuk membeli dan mengambil alih syarikat-syarikat belanda tersebut. Ini semestinya boleh dilakukan kerana syarikat-syarikat disenaraikan di pasaran saham umum. Ianya pernah dilakukan pada Guthrie dan beberapa syarikat lain sebelum ini. Syarikat-syarikat tersebut mempunyai jenama yang dikenali bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Adalah lebih baik dibeli atau diambil alih sahaja syarikat tersebut dan jadikannya sebagai sebuah syarikat Malaysia. Dengan mempunyai beratus dan beribu juatawan dan belinair muslim diserata dunia, mengapa tidak ini dilakukan?Selepas itu bolehlah ditutup kilang dan pejabat mereka di Belanja dan pindahkannya di Malaysia atau di negara-negara Islam (biar rakyat mereka yang kehilangan kerja, bukan rakyat kita / negara islam yang kehilangan pekerja). Saya kira, ini lebih baik daripda boikot barangan, yang susahnya kita (baik pekerja dan pengguna) bukan mereka. Zaman boikot dan memboikot dah lama berlalu dan buang masa sahaja.
Sebelum itu muslim di Malaysia harus mempunyai minda yang kuat untuk mengubah cara meraka berfikir dan melaksanakan sesuatu perkara itu. Dari segi barangan, muslim Malaysia harus mengeluarkan barangan dan produknya sendiri bagi menggantikan produk, barangan dan jenama asing yang berada di negara ini. Selagi muslim di negara in sebagai pengguna dan bukannya pengeluar, selagi itulah kita terpaksa menggunakan produk serta barangan dari negara asing yang bukan muslim. Malangnya ada juga pemimpin negara yang pendek akalnya yang tidak mempunyai kapasiti minda dan visi masa depan terus melulu bersama yang lain menyarankan boikot walaupun mereka tahu ianya tidak akan memberikan kesan penting pada syarikat-syarikat ini. Persoalannya adakah pemimpin serta usahawan muslim yang ada mempunyai cukup keberanian untuk melakukan sesuatu yang lebih radikal daripada hanya memboikot produk Belanda yang semestinya usaha tersebut tidak kemana-mana.

Oleh tu, muhasabah diri dan memperbaiki diri kita dan jangan hanya beremosi tidak tentu pasal dalam perkara ini, sebagai muslim, kita masing-masing mempunyai peranan kita dalam memperbaiki dan meningkatkan kapasiti ummah. Jangan jadi seperti di Indonesia yang mempunyai jumlah muslim terbesar di dunia namum masih tidak mampu mengeluarkan produk penggunanya sendiri dan tidak mampu penyediakan pekerjaan untuk rakyatnya sendiri. Daripada memboikot produk-produk tersebut, marilah kita berusaha untuk memiliki syarikat-syarikat tersebut, kalaupun bukan pemilikan penuh, boleh sahaja dari segi pemegang saham, paling tidak pelabur dan pemegang saham mempunyai kuasa mengundi mengubah tampuk pengurusan syarikat-syarikat terbabit. Fikir-fikirkan.

Salam

Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007