Rabu, 16 April 2008

PERKAHWINAN PERCUMA

Melangsungkan Perkahwinan Secara Percuma
oleh : Zaidi Ismail
www.urusinsan.net.my

Sebulan yang lalu saya telah berpeluang bertemu dengan salah seorang daripda peserta Bengkel Bebas Hutang yang pernah saya anjurkan satu ketika dulu, setelah setahun berlalu, beliau kini semakin sukses dengan kewangan beliau dan juga telah menjadi seorang usahawan yang menjalankan perniagaan membantu pasangan untuk mendirikan rumahtanga melalui Kursus Perkahwinan anjuran syarikat beliau yang di iktiraf oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), pada pertemuan tersebut terdetik pertanyaan samaaada saya berminat untuk mengendalikan Bengkel Pengurusan Kewangan untuk bakal pengantin, memandang jauh kehadapan saya mencadangkan kepada beliau satu bengkel unik untuk membantu pasangan pengantin dengan kaedah dan teknik yang membolehkan mereka melangsungkan perkahwinan dengan percuma. Bertitik tolak daripada perjumpaan tersebut, Mahligai Firdaus Enterprise menganjurkan Bengkel Pengurusan Kewangan Perkahwinan dengan kerjasama Urus Insan Sdn Bhd.

Satu ketika dahulu heboh diperkatakan bahawa ramai pasangan yang ingin berkahwin pada hari ni tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan dan ini adalah salah satu daripada punca yang dikatakan meningkatnya kadar maksiat dinegara kita kini apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk bersekedudukan. Ketika ini dengan munculnya pelbagai kemudahan kewangan samaada daripada institusi kewangan ataupun peminjam wang tanpa lesen memungkinkan pasangan-pasangan ini meminjam hanya semata-mata untuk berkahwin dan perkara ini bakal mengundang pelbagai musibah termasuk jenayah Along serta peningkatan kadar penceraian kerana tekanan kewangan.

Dengan kadar inflasi semakin meningkat, harga barangan semakin melonjak naik, pasangan muda ini dengan berfikir singkat tanpa menghiraukan kesan jangka panjang terus menerus berhutang untuk melansungkan perkahwinan mereka. Maka tidak hairanlah hari ini macam-macam musibah melanda pasangan muda ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pasangan muda ini dengan pelbagai program dan antara lainnya ialah pinjaman tanpa faedah yang diperkenalkan oleh Baitulmal sedikit masa dahulu. Walaupun begitu, dengan tekanan ekonomi, bantuan ini tidak mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan seperti yang dinyatakan didalam keratan akhbar dibawah :-

Perluaskan Skim Perkahwinan percuma
KUALA LUMPUR 15 Julai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu Skim Perkahwinan percuma diperluaskan lagi supaya lebih ramai pasangan kurang berkemampuan dapat mendirikan rumah tangga.Presidennya, Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Baitulmal negeri-negeri lain dan jabatan agama seharusnya mencontohi langkah Baitulmal Wilayah Persekutuan itu.

Dengan adanya skim itu juga katanya, gejala sosial di kalangan golongan muda dapat dikurangkan. ``Masalah kahwin lewat bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur tetapi di bandar-bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang sehingga menyumbang kepada masalah sosial,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat membiayai sepenuhnya kos perkahwinan pasangan kurang berkemampuan melalui Skim Perkahwinan. Sebelum ini, Baitulmal memberi RM3,000 melalui skim yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 itu. Bagaimanapun, jumlah mereka yang memohon skim yang layak dipohon oleh lelaki yang berpendapatan kurang dari RM1,024 itu tidak sampai 100 orang.

Katanya lagi, jumlah peruntukan dan pembiayaan untuk skim tersebut juga perlu ditingkatkan bagi membolehkan lebih ramai pemohon menerima bantuan tersebut. ``Kalau boleh, Baitulmal tingkatkan bantuan pembiayaan daripada RM3,000 kepada RM8,000 kerana mas kahwin di Kuala Lumpur pun tak kurang daripada RM2,000,'' katanya.

Tambah Mohamad Raimi lagi, Baitulmal boleh menyediakan pinjaman perkahwinan tanpa faedah atau dengan faedah rendah kepada pasangan yang tidak layak memohon skim tersebut. Di samping itu katanya, skim perkahwinan itu sebaiknya turut merangkumi pembiayaan kursus perkahwinan. ``Kami yakin ramai golongan muda akan menyambut baik langkah itu sekiranya ia dilaksanakan,'' katanya.

Keratan akhbar diatas amat jelas sekali betapa kos perkahwinan semakin meningkat dan pasangan yang ingin berkahwin perlu bijak untuk mengatasi masalah ini. Mungkin kini, anda sedang dilamun cinta. Usia perkenalan yang sudah agak panjang dengan si "dia" membuatkan anda merasakan, sudah tibalah masanya untuk anda mengikat kukuh cinta anda dengan ikatan yang sah, iaitu sebuah ikatan perkahwinan. Satu ikatan suci murni yang akan menjadikan anda berdua sebagai sepasang suami-isteri yang sah dan seterusnya hidup dengan aman dan bahagia.

Namun untuk merealisasikan impian rumahtangga itu bukanlah suatu perkara yang mudah sepertimana memetik sekuntum bunga di taman. Keinginan anda yang membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu, terhenti seketika setelah anda membuat sedikit kira-kira tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda. RM 15,000?

Perghh....itu belum termasuk kos pengangkutan untuk pergi ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah, sewa peralatan set audio video, upah juruvideo dan bermacam-macam lagi 1001 benda yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan, bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet bulan madu? Bajet untuk sewa rumah baru? atau membeli rumah, Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV, Set Bilik Tidur, Kelengkapan Dapur untuk memasak, kenderaan dan macam-macam lagi, bagaimana pula setahun lepas anda berumahtangga? adakah anda bersedia untuk mempunyai dan membesarkan anak anda? semuanya memerlukan WANG.

Pendek kata.. "Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun bank anda, jangan bermimpilah nak kahwin." Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan menyakitkan hati tetapi itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi dan terima.

Saya memahami situasi anda, anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang anda ambil sewaktu belajar dahulu.

Ataupun mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan anda. Gaji anda boleh tahan juga, tapi yang peliknya, setiap hujung bulan, anda pasti tidak akan cukup duit, anda tidak pasti kemana wang anda menghilang setiap bulan. Rasa-rasanya anda tidaklah ada ber"joli" sakan tetapi pada setiap bulan, anda pasti tidak cukup wang atau lebih baik sedikit wang gaji anda hanya cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja wang anda habis dan sedikit pun tidak dapat nak menyimpan. "Macam mana lah nak kahwin kalau macam ni?" kata hati anda.

Lebih membingungkan lagi kekasih anda sudah mula bertanya.. "Bila abang nak masuk meminang? Mak saya dah tanya dah bila abang nak masuk meminang?" Memang satu soalan yang agak mencabar "Kalau ikutkan hati aku hari ini juga aku nak kahwin, tapi apakan daya, duit simpanan ku tak cukup-cukup lagi Oh! " keluhan anda di dalam hati. Mulut anda tidak berkata apa-apa, anda hanya mampu membisu. Untuk tidak mahu meresahkan hati, anda cuba engalihkan topik perbualan anda kepada topik yang lain, tetapi kekasih anda seperti tidak berpuas hati. Dia mula menarik muka masam kerana beranggapan anda tidak serius di dalam perhubungan cinta anda.

Hari demi hari terus berlalu, anda kini bertekad untuk mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin. Anda mula melupakan tabiat bersarapan dan minum petang harian anda. Sehari, anda makan 2 kali sahaja dan kalau rasa-rasa boleh tahan, anda akan makan sekali sahaja sehari. Mee segera kini menjadi stok makanan yang wajib bagi anda. Semuanya kerana gara-gara ingin menyimpan duit untuk perkahwinan anda. Waktu kerja anda pula menjadi semakin panjang dan kalau boleh hari-hari anda ingin membuat kerja lebih masa di tempat kerja anda. Hidup anda kini hanya ada 2 tempat sahaja yakni rumah dan tempat kerja, anda tiada lagi masa untuk menonton wayang, tiada lagi waktu untuk beriadah dan bersukan bersama-sama rakan anda di waktu petang. Masa anda kini hanyalah untuk kerja , kerja dan kerja dan semuanya kerana nak cari duit kahwin punya pasal.

Cukuplah! Usah Lagi Menyeksa diri Anda!

Tidak kira berapapun pendapatan anda atau status kewangan anda, kami terpanggil untuk membantu anda menyediakan semua keperluan perkahwinan anda dengan teknik perkahwinan percuma yang dipelopori oleh kami di urusinsan. Pasangan yang ingin berkahwin bukan sahaja dapat melangsungkan perkahwinan mereka dengan percuma malah mereka dapat membina harta dan kekayaan melalui perkahwinan mereka. Kami akan memberikan panduan "step by step" bagaimana untuk anda melangsungkan perkahwinan anda dengan percuma. Bengkel ini akan memberikan anda pendedahan , kaedah dan teknik bukan sahaja untuk melangsungkan perkahwinan percuma malah kami menunjukkan cara bagaimana untuk membina kekayaan melalui perkahwinan. Bukan itu sahaja, peserta akan diberikan akses secara percuma kepada FORUM khas Pengurusan Kewangan Perkahwinan supaya anda dan pasangan anda terus menerus mendapat panduan daripada kami bagaimana untuk merancang dan mengurus kewangan anda bukan sahaja sebelum , semasa malah selepas anda berumahtangga disamping kaedah dan teknik menambah kekayaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bengkel Pengurusan Kewangan Perkahwinan ini, sila hubungi saudara Mohd Affendy 013-3980200 atau Shaq 013-2298900 . Daftarlah dengan segera , tempat adalah terhad.



Pengalaman Hidup Dalam Dan Luar Negara

Pengalaman di AUSTRALIA November 2007